Puan CEO, Puan Fatimah Mohd Sani berkongsi tips bisnes ini di wall Facebook beliau.
=================
Sakitnya modal pusingan bisnes dah tinggal "zero" . Sama ada telah di gunakan untuk kegunaan peribadi atau semasa kecemasan .
Ikuti tips ini untuk bangkit semula dalam bisnes .
💰Rancang kewangan harian anda
💰Ikat perut . Jangan berbelanja ikut nafsu dan ikut orang
💰Pastikan modal pusingan cepat berpusingan . Lagi cepat modal pusingan berpusingan , Lagi banyak untung bersih yang akan dapat . Dalam bisnes #satekebab di panggil "volume" .
💰 Pastikan setiap transaksi dalam bisnes tiada "HUTANG" . Cash is King . Jangan terpedaya dengan janji manis . Berniaga mesti hati kering .
💰 Sedar diri . Dah tahu modal pusingan ciput .. jangan sesekali buat lebih dari 2 bisnes . FOKUS kepada bisnes yang #provenSuccess . Ikut langkah langkah mereka yang dah berjaya 3 tahun ke atas dalam bisnes tersebut . Bukan nya terikut ikut mereka yang ada banyak bisnes dalam satu masa yang sama .
💰 Bermula semula dari bawah . Dari serendah rendah modal . Jangan layan perasaan sedih . Sebalik nya rancang semula strategi pemasaran anda . Buka kedai "online" setiap hari . Pastikan ada senarai "Channel" yang boleh kembangkan lagi bisnes anda secara "offline".
💰Dunia belum kiamat . Belajar dari pengalaman . Bukan cipta kegagalan dan kesilapan yang sama . Anda masih ada peluang dan ruang untuk berjaya kumpulkan semula modal perniagaan anda .
Tekan butang "share" jika bermanfaat untuk orang lain .
Tuesday, 18 July 2017
Subscribe to:
Posts (Atom)