Di ambang kemerdekaan ke 60 tahun Malaysia
Hari Rabu yang sangat memenatkan . Rancangnya saya nak tidur awal . Badan dah bagi signal untuk rehat. Di minda saya terus ligat memikirkan strategi seterus nya untuk kembangkan syarikat apabila tiba tiba mendapat testimoni yang sangat positif tentang #rotiminiburgerJW aka #roticomelJW dari Ratu Viral .
Perghhhh.. sujud syukur dibuatnya.
Terima kasih Ratu Viral Puan Rafiza Idayu dan Pn Asmahani Awang . Tak boleh lelap mata apabila Puan Ratu suka sangat roti comel keluaran kami .
Mengimbas kembali bagaimana saya hanya bermula dengan satu impian untuk mencipta roti sendiri lain dari yang lain tentu nya sangat sedap , cantik dan amat comel pada pertengahan tahun 2016 , sedangkan masa itu saya belum ada resepi pun untuk hasilkan roti terbaik untuk semua .
Subhanallah cukup cantik aturan Tuhan .
Tuhan temukan saya cikgu roti yang tak lokek ilmu nya . Saya belajar sendiri RAHSIA dan TEKNIK menghasilkan roti premium yang boleh di sejuk beku kan tanpa menukar sedikit pun tekstur dan rasa roti tersebut walaupun dah masuk peti sejuk beku . Dan yang paling saya istimewanya , inovasi Roti comel keluaran #JWbakery tahan 3 bulan dalam peti sejuk beku . Sunggub ajaib kan . Ya .. roti kami tanpa bahan pengawet dan sangat selamat di makan .
Alhamdulillah , Satu per satu impian saya terlaksana . Hanya bermula dengan angan angan , doa yang sangat yakin ianya boleh di capai . Anda juga pasti boleh!
InshaAllah #Jwbakery akan menghasilkan produk roti keluaran kami seterus nya yang pasti nya di uli dengan penuh kasih sayang untuk seluruh umat masyarakat nikmati bersama keluarga tercinta . Terima kasih atas sokongan kalian terhadap produk muslim keluaran kami .
#SihatComelCeria#JWBakeri#AnakSyarikatJamaiahWealth
#EmpayarNiagaJamaiahWealth
Fatimah Mohd Sani
Impian ke bulan, ku gapai bintang
Thursday, 7 September 2017
Rezeki Merdeka: Hikmah ujian yang menduga kesabaran
Labels:
#PesanMentor,
Program Pembangunan Usahawan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment