Assalamualaikum w.b.t. para pembaca & pengunjung budiman..
Doa kami agar anda aman bahagia di dalam lindungan Allah dan dilimpahkan rezeki yang banyak. Posting blog kami kali ini akan memaparkan kejayaan salah seorang stokis & superstar dalam jemaah niaga Sate Kebab Akmal di bawah naungan Jamaiah Wealth Sdn Bhd iaitu Puan Intan Liana.
FORD RANGER 4WD DALAM TEMPOH 10 BULAN
FORD RANGER 4WD DALAM TEMPOH 10 BULAN
Memenuhi jemputan TV1 bagi rancangan "Apa kata wanita" |
Bila kami selusuri latar belakang bintang kita kali ini, rupa-rupanya Puan Intan Liana adalah seorang kerani jualan di sebuah kilang jepun yang terletak di Subang Hi-Tech. Malahan beliau sebenarnya masih bekerja sepenuh masa seperti mana lazimnya orang lain.
Menurut Puan Intan, langit beliau tidak selalunya cerah. Bekerja sebagai kerani jualan dengan kurniaan cahaya mata seramai 4 orang yang pantas membesar membuatkan beliau berusaha mencari jalan keluar daripada masalah kesempitan wang. Lebih-lebih lagi dengan isu matawang jatuh, harga barang naik, harga minyak naik, harga tol naik..serba-serbi semuanya mahal sekarang. Menurut Puan Liana, dia sudah kekeringan idea untuk berjimat. Lebih-lebih lagi apabila menatap wajah anak-anaknya & memikirkan keperluan keluarga ketika itu.
Mujurlah! Berkat usaha yang tidak pernah kenal erti putus asa, doa yang berterusan dan restu suami tercinta akhirnya Puan Intan Liana nekad untuk fokus kepada bisnes jualan Sate Kebab Akmal sejak diperkenalkan dengan produk hebat ini pada January-2015.
Dan Alhamdulillah.. akhirnya 10 bulan selepas itu, beliau berjaya memiliki sebuah kenderaan pacuan 4 roda daripada hasil jualan Sate Kebab Akmal. Menurut beliau, ini bukanlah kejayaannya secara bersendirian. Selain disokong oleh suami dan ahli keluarga, sahabat-sahabat niaga beliau dalam jemaah yang sama sangat banyak membantu dan mendorong. Begitu juga dengan 35 ejen & pemborong di bawah kelolaannya dari Johor, Penang, Putrajaya, Nilai dan sekitar kawasan Selangor termasuk Shah Alam.
Mengenali peribadi Puan Intan Liana, beliau seorang yang agak berahsia apabila ditanya tentang rahsia kejayaan. Sebagai seorang yang amat merendah diri, pada beliau berkata tiada apa-apa keistimewaan pun pada amalannya. Namun setelah puas kami memujuk, akhirnya beliau setuju untuk menurunkan 7 PETUA KEJAYAAN yang menjadi amalan berterusan.
PETUA#1 :: The Power Of Doa - Puan Intan Liana berkata beliau berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan amalan solat dhuha setiap hari. Paling penting katanya adalah isi doa yang spesifik dari segi target dan juga bila kita mahu capai kejayaan tersebut. Beliau sangat-sangat yakin bahawa Allah akan memberi mengikut sangkaan dan doa hamba-Nya.
PETUA#2 :: The Power Of Sharing - Beliau tidak pernah memaksa ejen & pemborong di bawah kendalian beliau untuk menjual. Bahkan beliau menggalakkan supaya ejen-ejennya supaya berkongsi kebaikan produk makanan muslim Sate Kebab Akmal ini. Katanya, umat Islam di Malaysia selalu dilambakkan dengan pilihan makanan yang pelbagai. Dan adalah cabaran besar bagi umat islam untuk mendapatkan makanan yang halal dan dalam masa yang sama menyihatkan tanpa rasa was-was.
PETUA#3 :: The Power Of Care - Beliau juga berkata, penting bagi seorang ketua mengambil berat dan selalu bertanya khabar ejen-ejen dan pemborong di bawah kendaliannya. Sentiasa ambil tahu kebajikan ejen / pemborong. Elakkan bertanya status jualan setiap masa. Jadikan mereka sebagai sahabat & keluarga. Isu popular yang selalu didengar adalah ejen-ejennya sukar membuat jualan dan merasa kecewa. Ketika inilah beliau menasihatkan supaya ejen-ejennya fokus pada kebaikan produk dan bagaimana produk ini boleh membantu menyelesaikan masalah ramai orang. Berkongsi, berkongsi dan terus berkongsi kepada sahabat handai, rakan sepejabat dan ahli keluarga.
PETUA#4 :: The Power of Guidance - Puan Intan Liana dikenali sangat aktif turun padang memberikan sokongan pada ejen dan pemborong yang terlibat dalam festival atau karnival jualan. Beliau akan membimbing cara & kedah jualan berkesan sambil ikut membantu promosi. Selain itu, beliau juga menunjukkan contoh teladan yang sangat-sangat baik apabila aktif terlibat dalam demo masakan dan pernah beberapa kali muncul dalam rancangan tv mempromosikan bidang keusahawan dan perniagaan pada kaum wanita.
Beraksi membuka booth di Supermarket Space U8 |
Menyertai pembukaan kedai indah boutique & cafe Sek 19 sebagai sokongan niaga kepada sahabat entepreneur |
Turun padang melawat superstar dan pemborong buka booth kat Masjid Shah Alam |
Ceria bersama superstar |
Puan Intan Liana sentiasa gembira turun padang memberikan sokongan pada pemborong |
Memberikan bimbingan terus kepada ejen ketika karnival jualan di Setia Alam |
Gadis sunti ini dibimbing oleh Puan Intan Liana sebagai pembantu chef. |
Puan Intan Liana aktif membuka gerai jualan di hujung minggu |
PETUA#6 :: The Power Of Focus - produk unik senang jual dan dipercayai. Puan Intan Liana sangat mempercayai produk yang dijual mempunyai keunikan, manfaat dan nilai tersendiri. Oleh itu mudah bagi beliau mendapatkan jualan. Menurut beliau sebelum bertemu produk Sate Kebab Akmal, dia telah mencuba pelbagai jenis perniagaan. Namun menyedari pentingnya untuk fokus dan mendedikasikan seluruh usaha pada satu-satu jenis produk, maka beliau mengambil keputusan memilih Sate Kebab Akmal sebagai produk makanan sejuk beku utama untuk diperdagangkan.
PETUA#7 :: The Power of Confidence - Yakin, rezeki itu telah ditetapkan oleh Allah. Terpulang pada kita untuk berusaha mendapatkannya. Sebagai contoh, Puan Intan Liana tidak segan silu menawarkan kepada kedai-kedai mini market sekitar Shah Alam untuk menjual sate kebab edarannya. Malahan ada juga butik-butik pakaian yang berminat dan mengumpulkan tempahan sehingga 4-5 pek sebelum dihantar sehingga ke pintu kedai.
Membekalkan Sate Kebab Akmal ke Mini Market Azzain, Seksyen 7, Shah Alam |
Akhir sekali, apabila ditanya kepada Puan Intan Liana apakah nasihat beliau untuk bakal-bakal ejen di luar sana ::
Apapun jadi jangan putus asa, teruskan berjuang.
Jangan pandang belakang!
Akhir kata, kami mendoakan Puan Intan Liana terus maju jaya!
Catatan pengarang - Mus Nasmian berdasarkan hasil temubual. 15-Oktober-2015, 10:10PM.
Alhamdulillah. Tahniah Puan Intan.
ReplyDeleteTernyata bisnes ini bukan lah hanya bisnes tempelan.
Terima kasih kerana sentiasa salong menyokong sesama rakan niaga, sesama pembekal utama.
ukhwah fillah, abadan abada.
https://www.facebook.com/pembekalutamasatekebab
Syukur.. 1st sekali kita kena Yakin. Nawaitu kita. Apa yg kita lakukan. jangan sesekali menyerah kalah kalau kita ditimpa musibah. itu hanya ujian Allah. Berusaha dan terus berusaha - InsyaAllah berjaya
DeleteTahniah Puan Intan diatas kejayaan puan intan dalam menjalankan busines sate kebab akmal ini walaupun hanya busines part time. Saya sangat teruja membaca kisah puan dan berbangga dapat berkenalan dengan puan. Alhamdulillah apa yang puan target telah berjaya direalisasikan. Terima kasih diatas perkongsian tips puan yg sangat bermanfaat untuk saya yang baru berjinak2 di dalam busines sate kebab ini. Doakan agar saya dapat mengikut jejak puan Insyaallah.Jom kita berniaga dengan gembira.
ReplyDeleteJom follow ig saya dan fb.
https://instagram.com/puchong_satekebaboom/
https://www.facebook.com/shida.hamid.9
Alhamdulillah, Pn Shida pun boleh berjaya. Jgn segan dan malu bertanya ye :)
DeleteAlhamdulillah dan tahniah Intan..so proud of you..ingat lagi dulu intan cakap intan ni pemalu,nak cakap dgn org pasal sate kebab pon menggigil2..hihihi..tapi akhirnya berkat doa dan fokus serta kerja keras..Intan dah berjaya!In shaa Allah,semua jemaah kita akan berjaya..ternyata ini bukan sekadar bisnes tempelan!!Good job intan...
ReplyDeleteAida
0122840565
Insta:@thekitchenhelper
Blog:www.thekitchenhelpers.blogspot.com
Thanks aida. insyaAllah saya doakan semua juga berjaya mcm saya
DeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteTahniah Intan ... sangat memberi inspirasi kejayaan Intan kepada kami yang berniaga Sate Kebab :) Akak doakan kita semua berjaya dalam perniagaan Sate kebab yang sedap ni
ReplyDeletewww.blossommommy.com/sate kebab
Alhamdulillah terima kasih sudi membaca kisah saya :). Semoga semua saudagar2 sate kebab success. Ameen
DeleteAlhamdulillah terima kasih sudi membaca kisah saya :). Semoga semua saudagar2 sate kebab success. Ameen
Delete