Social Icons

Saturday, 12 December 2015

Ziarah & Umrah 2015 bersama Elizzah Travel & Tours

Assalamualaikum w.b.t para pembaca budiman.
 
Semoga Allah melimpahi anda dengan rahmat-Nya dan mengurniakan kita semua dengan rezeki yang banyak. Dan dengan rezeki ini dapat pula kita sama-sama manfaatkan ke jalan yang diredhai Allah. 
 
Alhamdulillah.. pada 20hb November 2015, saya bersama keluarga telah berangkat ke Tanah suci Madinah & Makkah bersama El Izzah Travel & Tours. Banyak pengalaman manis & berharga dikutip sepanjang kembara mencari iman di Tanah Haram. Pengalaman yang sangat-sangat rugi jika tidak dikongsikan dengan anda, bakal tetamu Allah yang dimuliakan. Saya mendoakan segala urusan anda dipermudahkan. Amin ya rabbal alamin....

Bagi saya dan keluarga, ujian kami bermula di Tanah air apabila salah seorang ahli keluarga kami mengalami masalah visa. Kakak saya terpaksa bertolak lewat sehari bersama 16 orang ahli rombongan yang mempunyai masalah yang sama. Oleh kerana ini kali pertama kakak saya menaiki kapal terbang dan ke luar Negara, maka saya telah meminta Ustaz Mutawwif supaya saya ikut serta dalam rombongan yang akan bertolak 21hb.
Sempat bergambar sebelum berlepas
Ini juga bermakna saya terpaksa berpisah dengan group pertama di mana adik, mak & abah terpaksa berangkat pada 20hb November 2015. Dengan hati yang berat tetapi redha kami mengiringi keberangkatan rombongan mak & abah di KLIA.


Sayu menghambat apabila dapat melihat sahaja dari kejauhan Mak, Abah & Adik berlepas dahulu
Ujian kami bukan setakat itu sahaja. Pada 21hb kakak saya dah dapat visa, passport saya dan beberapa orang yang lain termasuk Mutawwif Ustaz Su Aimi & pesakit yang sudah dijadualkan untuk rawatan dialisis pada hari sebelumnya HILANG!!!

Bayangkanlah... saya yang volunteer untuk temankan kakak saya, tapi saya terpaksa ucap selamat jalan pada kakak saya dengan linangan air mata.

Hati saya tak berhenti ishtigfar mohon ampun & taubat. Debaran jantung memang tidak terkata, sedih & pedih memikirkan saya tiada rezeki & mungkin Allah belum izinkan.

Namun, 5 minit sebelum flight berlepas demi menanti visa kami clear, tiba-tiba passport kami dijumpai. Memang perasaan debar, syukur & takut bercampur-baur.

Apalagi kami pun berlari mengejar kapal terbang. Sebijik macam 'Adventure Race'. Mujur pesawat ini memang disewa khas oleh Tabung Haji untuk membawa Jemaah Umrah, jadi mereka memperuntukkan sedikit masa menunggu kami.
 
Syukur! Syukur Ya Allah!
Kau menerima aku sebagai tetamu-Mu

Sampai di Airport Madinah, kami diminta beratur mengikut Mahram masing-masing. Baru saya teringat, mahram saya adalah abah yang sudah sampai di Madinah pada hari sebelumnya.
 
Ya Allah! Satu lagi ujian. Risau sungguh saya ketika itu. Takut ditahan di airport kerana gagal melepasi imegresen. Cepat-cepat saya rujuk perkara itu pada mutawwif yang kemudiannya menghubungi Ustaz Ruhaizam. Mereka sudah bersedia untuk membawa abah saya dari Hotel ke airport Madinah sekiranya diperlukan.

Kemudian saya tak duduk diam. Saya pegang kuat-kuat nasihat ustaz supaya perbanyakkan istighfar dan zikir. Pada ketika ini saya ulang-ulang zikir 'rabbiyasir wala tuassir'  sementara menunggu giliran.

Alhamdulillah... Allah jua sebaik-baik perancangan. Saya melepasi imegresen tanpa soal jawab.
 
Dan setibanya saya di hotel penginapan kami di Madinah, saya terus ikut rombongan mak & abah walaupun rugi satu hari program ziarah di Madinah.
 
MANISNYA IBADAT DI TANAH HARAM

Alhamdulillah.. syukur.. Syukur... Perjalanan Umrah & Ziarah kami berjalan lancar & penuh kemanisan sehinggalah tiba di tanah air. Jadual (rujuk jadual di bawah) kami padat dengan program-program yang telah diatur dengan rapi oleh agensi umrah kami iaitu Ellizah Travel & Tours yang diketuai oleh Ustaz Ruhaizam.
 
Secara keseluruhannya, saya & keluarga sangat-sangat berpuas hati dan gembira bersama mutawwif yang sangat-sangat komited & banyak membantu. 

Segala ilmu, nasihat, teguran & tazkirah yang dikongsi tidak ternilai. Lebih-lebih lagi jejak Rasullah SAW, lawatan kawasan-kawasan Haji dan juga sejarah para sahabat.

Saya akan kongsikan lagi isi lawatan-lawatan yang kami dapat sepanjang perjalanan ini. 

Akhir kata, saya redha dengan ujian-ujian ini. Saya wajib percaya bahawa Allah yang pegang hati manusia, Allah juga yang mengatur segalanya. Saya doakan anda dapat menikmati kemanisan menjadi tetamu Allah & nikmat ibadat hampir dgn kekasih-Nya.

Jadual perjalanan UMRAH & ZIARAH 2015.
Tarikh di atas berubah mengikut batch rombongan.
 

Fb: Musleha Nasmian
Ig: Coach.Musz
 


No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates