Social Icons

Sunday 29 November 2015

Tips umrah 2015 untuk jemaah yang uzur (lemah kaki)

Assalamualaikum w.b.t...

Salam hormat buat pembaca budiman. Saya bersiaran dari Tanah Suci, Makkah Al Mukarramah. 

Hari ini adalah hari terakhir sebelum jemaah kami pulang ke tanah air esok. Banyak sungguh yang ingin saya kongsikan bersama anda namun saya fikir posting ini adalah yang paling utama kerana menyaksikan banyak jemaah Malaysia yang keuzuran disebabkan faktor usia dan kesihatan.



JEMAAH UZUR KETIKA SAIE
========================

Sepanjang saya melakukan umrah di sini,saya lihat banyak jemaah yang gigih menyempurnakan umrah meskipun keuzuran. Ramai pula ibubapa kita yang pergi tanpa ditemani anak-anak. Pada fikiran saya, mungkin anak-anak menghadiahkan pakej umrah untuk ibubapa. Sangkaan saya benar setelah bertegur sapa dengan seorang dua jemaah tersebut.

Kasihan tuan-tuan/puan-puan,

Ada yang bapa mereka masih gagah, selesai menyempurnakan saie dari bukit Safa ke Marwah dalam masa sekejap. Namun si ibu, menapak dengan perlahan. Apabila saya hampiri, jelas si ibu kelelahan.

Saya hanya mampu memberikan kata-kata semangat dan mendoakan kesejahteraan kerana saya juga membimbing ibu dan ayah yang keuzuran dengan kerusi roda. Mujur kami tiga adik beradik ada bersama, dapat kami bergilir-gilir menolak.

PAKEJ UMRAH SEBAGAI HADIAH 
=============================
Alhamdulillah... kita amat menyanjung usaha murni anak-anak yang sanggup menaja impian ibubapa mereka ke tanah suci. Besar pahala mereka dan semoga Allah murahkan rezeki.

Namun demikian, saya nasihatkan anda supaya bertanya pada orang-orang yang berpengalaman apakah tips-tips penting untuk jemaah yang keuzuran dan mungkin tidak mampu membayar upah menolak kerusi roda untuk tawaf & saie.

KERUSI RODA WAKAF ADA DISEDIAKAN
===================================

Jika ibubapa anda pergi berdua dan salah seorang mereka masih kuat, saya cadangkan supaya mengambil kerusi roda wakaf yang disediakan.

Sepanjang saya berada di sini, ramai jemaah yang tidak menyedari kewujudan kemudahan ini. Saya berusaha berkongsi maklumat ini supaya dapat membantu melancarkan ibadat umrah ibubapa anda.

deretan kerusi roda wakaf disediakan berhampiran kawasan masjid

ada kabin kecil di hadapan hotel Safwah, di situlah kawasan kerusi roda wakaf disediakan

PROSEDUR MEMINJAM KERUSI RODA WAKAF
=======================================

Alhamdulillah... prosedur meminjam kerusi roda wakaf untuk tujuan ibadat umrah tidak menyusahkan. Hanya rujuk pada petugas (berbaju biru - rujuk gambar di atas) yang ada di kabin wakaf itu, anda akan dibawa bertemu pegawai yang berbangsa arab yang duduk di dalam ofis kabin.
Rujuk pada pegawai Wakaf berbangsa arab yang sedang bercakap menggunakan telefon.

Tiada dokumen seperti passport atau ic atau lesen memandu diperlukan. Pegawai tersebut hanya perlu memberikan kebenaran sambil kemudiannya berkata, "Amanah! Amanah!"

Jadi anda pasti dapat mengagak maksudnya, bukan? Kembalikanlah kerusi roda itu ke tempat asalnya setelah selesai digunakan.

Kemudian, temui semula petugas wakaf berbaju biru itu tadi (biasanya petugas ini akan mengiringi anda menemui pegawainya). Mereka akan melayan anda dengan baik dan membantu memeriksa kondisi kerusi roda wakaf yang akan diserahkan kepada anda.

Mudah bukan? Mestilah mudah!!

Maklumkan perkara ini kepada kenalan mahupun ahli keluarga anda yang akan berkunjung ke tanah suci ini. 

Anda tidak akan tahu bila mereka akan memerlukan kerusi roda wakaf ini ketika melakukan ibadat umrah.

BAGAIMANA JIKA SAYA INGIN MENGUPAH ORANG LAIN MENOLAK KERUSI RODA ITU?

Andai kata anda mahu mendapatkan khidmat petugas berbayar untuk menolak kerusi roda, caj biasa yg dikenakan adalah 300riyal untuk tawaf & saie.

Saya nasihatkan anda muktamadkan dahulu caj yang dikenakan sebelum bersetuju menggunakan khidmat mereka.

Ada kes benar, upah menolak dari pintu masjid ke kawasan "coaster" (khidmat bas hotel ulang alik) sepatutnya 10riyal. Namun apabila sampai tempat dituju, petugas tersebut mengenakan upah 100riyal.

Ramai petugas berbayar menanti khidmat mereka digunakan.

Alternatifnya, anda boleh bertanya pada ahli rombongan jemaah lelaki yang masihuda & kuat supaya menolong anda menolak kerusi roda wakaf tersebut.

Ramai yang mahu mengambil peluang mengumpul pahala 100,000 ganda apabila melakukan kebaikan di tanah haram ini.

Anda sendiri boleh memberikan sedekah pada mereka 200-300Riyal sebagai tanda terima kasih.

Setakat ini dahulu perkongsian dari saya. 

Silakan like & share di facebook anda. 

Semoga usaha anda mendapat membantu orang lain. Hanya Allah sahaja dapat memberikan ganjaran pahala. 



Salam sayang dari kejauhan,
@Coach.Musz







5 comments:

  1. Alhamdulillah.terima kasih coach Mus diatas pengongsian ini.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.terima kasih coach Mus diatas pengongsian ini.

    ReplyDelete
  3. terima kasih banyak coach - doakan kami juga kesana ye - coach jaga diri, sayang kamu ketat2

    ReplyDelete

 
Blogger Templates