Social Icons

Monday 29 June 2015

Superstar Pilihan June 2015 : Puan Asmahani

Kisah Benar March 17, 2015

Mungkin inilah yang dinamakan para ilmuan tentang keberkatan apabila mengutamakan jemaah ketika berniaga. Alhamdulillah.. berkongsi rezeki itu lebih baik dan segalanya bergantung pada niat.

Puan Asmahani Awang merupakan stokis terbesar dengan mengungguli hasil jualan tertinggi setiap bulan. Dengan kapasiti 30 ejen di bawah bimbingan beliau, kepimpinan usahawan gigih ini terbukti.

Syukur, rekod terbaik jualan di sini adalah pada hujung minggu 17 March 2015, 480 cucuk sate kebab terjual di kiosk ini yang dibuka dari jam 3ptg sehingga 9mlm sahaja.

Beliau bekerjasama dengan seorang usahawan muda Tuan Mohammad Amirul Rashid yang cukup tegar memasarkan sate kebab ke seluruh Malaysia. Ketika inilah beliau menurunkan ilmu dan suntikan moral pada ejen bawahannya.


Dan pada hari-hari yang beliau sibuk dan tidak dapat hadir meneruskan perniagaan, secara terbuka beliau membuat tawaran pada sidang jemaah niaga kami untuk mengisi kekosongan. Tawaran yang sukar ditolak kerana tapak niaga ini bukan mudah didapati dengan hanya memetik jari. Puan Asmahani telah mendahulukan segala urusan dan prosedur yang diperlukan.

Syukur.. syukur... Nikmat berkongsi rezeki & bekerjasama menjadi tips penting kelangsungan hidup sesebuah perniagaan.

Tahniah!!

Kami salute semangat jemaah itu!



Huru-hara dek kerana publisiti TV Al-Hijrah

Assalamualaikum pembaca budiman yang baik hati...

Doa kami agar tuan dan puan makmur bahagia di bawah lindungan Allah SWT.

Alhamdulillah tuan-tuan & puan-puan,

Kami berbesar hati untuk berkongsi dengan anda kegembiraan bahawa pertama kali dalam sejarah, jualan sate kebab meningkat 100% dan kapasiti pengeluaran kilang kami mencapai tahap optimum. Ini bermakna pendapatan ejen-ejen, pemborong dan superstar kami melonjak. Rezeki yang dapat dinikmati oleh setiap lapisan jemaah niaga kami.

Bagaimana ini berlaku?

Saya telah kongsikan dengan tuan/puan berkenaan pengumuman dari Puan CEO Jamaiah Wealth beberapa hari sebelum Ramadhan. (rujuk http://akmalofficial.blogspot.com/2015/06/sate-kebab-bersiaran-di-tv-al-hijrah.html)

Berikut adalah antara gambar yang sempat diambil ketika penggambaran:-


Puan Hafizah Mustafa & Akmal sibuk menyusun atur
Krew TV Al-Hijrah menyiapkan lokasi penggambaran
Puan Hafizah Mustafa & Puan Fatimah siap disolek dan bersedia untuk action!
Standby ON_AIR!

Ketika siaran berlangsung, sahabat-sahabat dalam jemaah niaga riuh berchatting di group wassap. Teruja melihat produk mereka dikaca tv. Bertalu-talu kata semangat dan ucapan tahniah meraikan publisiti yang diberikan kepada Akmal Sate Kebab.

Gambar yang diambil oleh salah seorang superstar yang setia menanti di depan televisyen ketika siaran langsung.


Ketika bersiaran, Puan Fatimah huru-hara dihujani mesej sebaik nombor beliau ditayangkan di skrin. Semuanya bertanya di mana mereka boleh mendapatkan sate kebab yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka.

Alhamdulillah.. situasi ini berlanjutan sehingga Ramadhan dan menambah rezeki buat sahabat niaga di bawah payung Jamaiah Wealth Sdn Bhd.

Doakan kejayaan kami menambah nilai pada ekonomi keluarga di Malaysia melalui perniagaan Sate Kebab.

#WeGuideWeCare
#JamaiahWealth

Mac, Kebab & Cheese

**********************
Mac, Kebab & Cheese
**********************
Oleh : Asmahani Awang
Rujukan : Resepi Mac n Cheese, Cook Ez with Sue Dz

BAHAN-BAHAN
200g Macaroni yang telah direbus hingga ala dante
Sedikit mentega - anggaran 3 sudu
Sedikit tepung gandum - anggaran 2 sudu
Susu segar - anggaran secawan
4 cucuk SATE KEBAB BERIANI - dipotong dadu
2 keping cheese











CARA-CARANYA
1. Cairkan mentega.
2. Masukkan sate kebab. Masak sebentar sahaja sebab sate kebab ni mmg dah separa masak.
3. Masukkan tepung.
4. Bila dah agak pekat, masukkan susu. Boleh tambah air jika perlu.
5. Masukkan macaroni. Gaul rata. Jika terlampau pekat masukkan sedikit lagi susu atau air.
6. Taburkan kepingan cheese yang telah dicarik kecil. Kacau rata hingga semua cheese cair.
7. Siap.

Monday 8 June 2015

Sate Kebab bersiaran di TV Al-Hijrah

PENGUMUMAN PENTING
===================

Fatimah Mohd Sani, [04.06.15 12:02]
Assalamualaikum jemaah niaga

Bismillahirahmanirrahim...

Alhamdulillah... syukur pada Allah yang telah memudahkan perjalanan bisnes Akmal Food Industry & Jamaiah Wealth Sdn Bhd.

Saya ada sedikit pengumuman...

Berita baik untuk semua SUPERSTARS yang masih aktif bersama kami...

InshaAllah dgn izin Allah akan huru hara kan JUALAN anda sempena RAMADHAN yg bakal menjelang..

SATE KEBAB AKMAL akan bersiaran di TV AL HIJRAH untuk mempromosikan sate kebab pada 11 Jun 2015 jam 9pagi untuk rancangan ASSALAMUALAIKUM segmen DIY



Pihak HQ akan berikan senarai nama superstars beserta no telefon utk di paparkan di screen tv alhijrah pada segmen tersebut..

So get ready team!!!

Caiyok!

Saya doakan anda dibuka kan lorong-lorong rezeki, jualan anda terus meletop2 dan mencipta peluang rezeki/bisness untuk orang lain☺☺☺

Amin amin ya rabb

#weCareweGuide
#jamaiahTrading
#akmalsatekebab

Testimoni: Resepi Mudah bersama Sate Kebab

Assalamualaikum pembaca budiman...

Saya doakan anda dirahmati Allah, dimurahkan rezeki & didorongkan untuk menjadikan perniagaan sebagai sumber rezeki. Kenapa perniagaan? Sebabnya, ramai sahabat jutawan yang berkongsi bahawa perniagaan tiada had pendapatan selagi kita berusaha lebih-lebih lagi usaha yang dipandu oleh seorang mentor, jemaah yang sentiasa menyokong dan juga ilmu supaya kita maju dengan yakin.

Alhamdulillah, kebelakangan ini sahabat-sahabat jemaah niaga huru-hara meladeni pelanggan. Kami dihujani dengan testimoni-testimoni pelanggang yang berpuas hati dengan rasa sate kebab yang istimewa dan mudah disediakan.

Boleh divariasikan pula tu.

Ini sebahagian dari kiriman-kiriman pelanggan kami:-

Aglio olio sate kebab : Pelanggan yang berkongsi dengan Pn Lieyn, Kuantan

Puan Aznurulhuda berkongsi resepi untuk anak-anak beliau




 
Blogger Templates