Social Icons

Tuesday 10 February 2015

Sate Kebab Akmal Food Testing


Anda SUKA sate kebab Akmal? Dan yg sekuhfu dengannya?

Anda ada rakan2 yang mencari makanan utk anak2 mereka? Atau hidangan sarapan/minum petang ringkas bersama keluarga?
 
Anda mencari peluang perniagaan?

Suka untuk kami jemput anda semua meninjau peluang ini dan sekaligus merasakan sendiri keenakan produk2 ini di:-


Pelancaran KIOSK Sate Kebab Akmal di Putrajaya

Pembukaan kiosk sate kebab Akmal yang pertama telah dilancarkan secara rasmi pada hari Sabtu, 7-Februari-2015 di Uptown  Night Market Putrajaya.





Pemilik Puan Ros ( +60192432975)

Jika anda berminat untuk mendapatkan sate kebab ini, anda boleh mencarinya di kawasan yang berdekatan masjid Sultan Mizan (Masjid besi) Putrajaya.

Kiosk dibuka pada Setiap hari Jumaat, Sabtu & Ahad. Waktu operasi pada jam 4ptg hingga 2pagi.

Marilah datang beramai-ramai dan rasakan sendiri keunikan rasa sate kebab yang sedang heboh diperkatakan.


Resepi Fusion : Tortilla Sate Kebab Akmal



Tuesday 3 February 2015

Chef Intan Liana di SACC

Alhamdulillah... Sate Kebab Akmal semakin mendapat tempat di kalangan warga bandaraya Shah Alam.

Chef Intan Liana &Puan Fatimah
Hari ini pada jam 11am sehingga 12 tengahari, berlangsung acara demonstrasi masakan atas jemputan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor ketika berlangsungnya Pesta Buku Selangor 2015. Penghormatan tersebut diberikan kepada Puan Intan Liana, usahawan online di bawah payung empayar Jamaiah Trading PLT bagi mempersembahkan kepada pengunjung Pesta Buku Selangor kepakaran memasaknya.
Puan Intan Liana bergaya cemerlang dengan penuh yakin sebagai Chef semasa berdiri di hadapan ratusan penonton di atas pentas yang disediakan oleh pihak penganjur di Shah Alam Convention Centre.
Sememangnya telah menjadi objektif utama Syarikat Akmal Food Industry dengan kerjasama pembangunan usahawan online oleh Jamaiah Trading PLT untuk memperkenalkan makanan produk muslim sebagai pilihan terbaik tanpa keraguan.

 



 
Blogger Templates