Social Icons

Tuesday 18 July 2017

Tips bisnes: jaga modal pusingan

Puan CEO, Puan Fatimah Mohd Sani berkongsi tips bisnes ini di wall Facebook beliau.
=================

Sakitnya modal pusingan bisnes dah tinggal "zero" . Sama ada telah di gunakan untuk kegunaan peribadi atau semasa kecemasan .

Ikuti tips ini untuk bangkit semula dalam bisnes .

💰Rancang kewangan harian anda

💰Ikat perut . Jangan berbelanja ikut nafsu dan ikut orang

💰Pastikan modal pusingan cepat berpusingan . Lagi cepat modal pusingan berpusingan , Lagi banyak untung bersih yang akan dapat . Dalam bisnes #satekebab di panggil "volume" .

💰 Pastikan setiap transaksi dalam bisnes tiada "HUTANG" . Cash is King . Jangan terpedaya dengan janji manis . Berniaga mesti hati kering .

💰 Sedar diri . Dah tahu modal pusingan ciput .. jangan sesekali buat lebih dari 2 bisnes . FOKUS kepada bisnes yang #provenSuccess . Ikut langkah langkah mereka yang dah berjaya 3 tahun ke atas dalam bisnes tersebut . Bukan nya terikut ikut mereka yang ada banyak bisnes dalam satu masa yang sama .

💰 Bermula semula dari bawah . Dari serendah rendah modal . Jangan layan perasaan sedih . Sebalik nya rancang semula strategi pemasaran anda . Buka kedai "online" setiap hari . Pastikan ada senarai "Channel" yang boleh kembangkan lagi bisnes anda secara "offline".

💰Dunia belum kiamat . Belajar dari pengalaman . Bukan cipta kegagalan dan kesilapan yang sama . Anda masih ada peluang dan ruang  untuk berjaya kumpulkan semula modal perniagaan anda .

Tekan butang "share" jika bermanfaat untuk orang lain .

 
Blogger Templates