Datuk Mukhriz selaku tetamu kehormat merasai keenakan sate kebab |
Majlis ini diadakan sebagai ulang tahun ke-10 Hari Sindrom Down Sedunia yang bertemakan Peluang saya, pilihan saya menikmati hak saksama sepenuhnya - peranan keluarga.
Pihak penaja majlis ini telah menghubungi superstar Cheras kami dan menempah sate kebab untuk dibakar sebanyak 500cucuk.
Alhamdulillah sambutan jualan sangat menggalakkan. Selain 500cucuk yang telah ditempah oleh pihak penaja, superstar kami membuka jualan sate kebab frozen. Beliau sangat gembira apabila sebanyak 3 kotak sate kebab berjaya dijual dalam majlis tersebut.
Ini adalah pengalaman pertama Syafiq, superstar Cheras yang paling muda setakat ini berusia 20-an ini membuat jualan sate kebab. Dan ini menjadi penyuntik semangat untuk beliau terus berusaha meningkatkan jualan di masa hadapan.
Datuk Mukhriz menyuap salah seorang daripada peserta majlis a |
Superstar JB, Puan Balkis Sultan (tengah) hadir memberikan bimbingan kepada Superstar Cheras |
Mohon share artikel ini jika dapat memberikan manfaat pada anda dan sahabat-sahabat anda.
No comments:
Post a Comment