Social Icons

Thursday, 7 April 2016

Pelajar Universiti Ikat Perut Terpaksa Bekerja Part Time?

Abang teringat kes yang heboh pasal pelajar universiti menahan lapar sampai usus koyak. Pada masa itu, abang teringat zaman adik-adik abang kat universiti. Ayah pula baru meninggal, memang perit kehidupan masa tu.
Tapi mujur abang dah bekerja. Mak abang pun dari surirumah terpaksa mencari kerja demi menampung perbelanjaan pendidikan adik-adik. Dapatlah kami survive masa tu.
Point yang abang nak cerita, anak sedara isteri abang pun masih belajar di universiti. Adik-beradik ramai, semua masih sekolah. Tiba-tiba satu hari dengan malu-malu bertanya, kalau dia boleh tolong abang jual sate kebab kat kolej.
Abang ok je.. Jadi, malam tadi abang membakor berpuluh-puluh cucuk Sate Kebab. 

Ini kali ke-2. Ada kawan kolej nak, bakoor lebih sebab nak jual dari bilik ke bilik, katanya.

Kali pertama, licinnnn... So dia confident le tu nak jual lagi. Layankan je la dik... Budak2 nak carik duit lebih kan?

Tak sampai hati le tu nak mintak duit kat mak kat kampung... Ye laaa.. Banyak belanja sekarang.... Adik beradik kat lg pun ramaii yg masih sekolah. Gigih anak sedara abang.... Bergelut dengan tugasan kuliah, nak carik duit tepi wat blanja makan lagi.



Bukan Abang x bg duit poket, dia segan katanya... Sikit2 nak juga usaha sendiri. Ye lah nak... Abang faham.

Bagus kau dah belajar meniaga muda2 nih...
Maka, malam tadi langsai berpuluh cucuk Sate kebab. Settle sebalang termos tuh...
 


Budak2 tgh belajar mmg kuat makan.
Lagi2 dah malam2, ramai yg tidur lewat siapkan tugasan kuliah.. Last minute leee tuuu...
Terima kasih adik2 siswi.. Sudi bagi licin Sate Kebab Abang... Esok lusa kita repeat yeee.... Harharhar....
Terima kasih Ikin Rafiee, gadis penjual sate kebab.
Abang doakan korang semua Berjaya menghabiskan pengajian dengan cemerlang!
Semoga dipermudahkan & laku keras jualan ko hari ni ye....
Aminnnn...
Chaiyokkkkk....



No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates