Social Icons

Thursday, 28 July 2016

KISAH PAHIT DI SEBALIK KEJAYAAN EJEN UPGRADE MENJADI PEMBORONG

Alhamdulillah.....
Selamat 3 kotak Sate Kebab Abang hantar kepada ejen yg telah upgrade menjadi pemborong. Siap beranak freezer lagi..... dah standby Freezer baru untuk stok ni di rumah.

Kisahnya, Puan Jamilah Zulkifli boleh dikira otai dalam bisnes. Telah menceburi pelbagai jenis perniagaan termasuk emas, biskut raya, jual kain baju siap dan juga karipap frozen. Alhamdulillah.. setiap satu bisnes itu beliau tangani dengan jayanya. Namun, masa dan tenaga yang diperah tidak setanding usahanya. Belum lagi cabaran orang yang suka berhutang & liat membayar. Katanya, hati saya lembut dan mudah merasa kasihan apabila dirayu.
Menyedari kelemahan tersebut, Puan Jamilah Zulkifli beralih ke bidang niaga lain.

"Saya cuba membuat biskut raya. Alhamdulillah, sambutan sangat-sangat memberangsangkan. Sifat saya, saya suka bagi orang makan dan rasa terlebih dahulu. Apabila ada permintaan, barulah saya mula secara serius. Dari situ, saya dapat banyak sangat tempahan."

Namun setelah 2 tahun meniaga biskut raya, beliau berputus asa. Katanya, "Bukannya tak de orang nak beli. Apabila terlalu banyak tempahan, saya jadi tak menang tangan. Sampai tak tidur malam. Sehinggakan rumah sendiri tak de biskut raya apabila pelanggan yang datang ke rumah, merayu nak beli stok yang dah diasingkan. Saya pula tak sampai hati nak menolak. Akibatnya, saya sendiri tak de kuih raya."

Akhirnya beliau berhenti membuat kuih raya dan mula berjinak-jinak dengan bisnes trading. "Daripada membuat sendiri biskut raya, saya beli dengan orang dan jual semula. Untung sen-sen tapi lebih baik dari berpenat lelah dan tak tidur malam."

Syukur kata beliau dipertemukan dengan produk Sate Kebab Akmal melalui adik iparnya. Terus Puan Jamilah meminta no hp untuk menghubungi abang bagi mendapatkan penerangan lanjut. Hatinya tergerak untuk mencuba bisnes sate kebab ini kerana prihatin dengan masalah produk makanan HALAL & BERKHASIAT. Nawaitu beliau untuk membantu rakan-rakan sekeliling mendapatkan makanan halal, bersih, suci lagi lazat.

testimoni beliau di facebook


Selepas abang bagi penerangan teliti tentang sistem niaga Sate Kebab Akmal secara berjemaah, beliau tidak teragak-agak hendak mencuba. Yang best, Puan Jamilah Zulkifli baru 2 minggu menjadi ejen... sudah ada seorang ejen baru dibawahnya. Maka terpaksalah dia naik jadi pemborong..

Abang sendiri rasa bersyukur ditemukan dengan orang yg baik2, positif & sudah ada network bisnes sendiri. Lajuuuuu je stok habis di tangan.....

Abang doakan Pn Jamilah suami isteri dipermudahkan urusan niaga dan dilipatgandakan rezeki.

Terima kasih juga kerana memudahkan urusan, sudi bertemu di AEON Mall, Bukit Tinggi untuk tujuan penghantaran.

Bertemu di Petron Bukit Tinggi semasa penghantaran kali ke-2


Orang2 Sijangkang dan kawasan berhampiran Bukit Tinggi, boleh berhubung dengan Puan Jamilah untuk mendapatkan stok Sate Kebab.

Whatsapp "Sate Kebab" ke Pn Jamilah +60 13-609 7169
WhatsApp "Sate Kebab" ke Pn Jamilah +60 13-609 7169

‪#‎abamjualsatekebab‬
‪#‎EmpayarNiagaJamaiahWealth‬

Yang Benar,
Abam Edd Ahmad


No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates