#3 NAWAITU
AKU BISNES SEBAB AKU NAK KAYA!!!!
Bersama jemaah kami, anda akan sering mendengar bebelan ini dari Puan CEO Fatimah Mohd Sani. “Reset Nawaitu!” "Jaga Nawaitu!"
Dalam memastikan jalinan ukhuwah kami kukuh, bisnes tidak lari dari konflik dan juga rasa tidak puas hati sesama ahli Jemaah. Polisi kami mudah, apa NAWAITU bisnes anda?
Kalau NAWAITU anda berbisnes kerana MAHU KAYA, anda TIDAK AKAN BERJAYA!
Kami sering ulang amanat ini berkali-kali.
Bisnes untuk membantu orang lain.
Bisnes untuk memudahkan urusan orang lain.
Bisnes untuk menambah saham akhirat
Bisnes untuk bertemu sahabat baru dan menguatkan silaturrahim dengan berkongsi rezeki
KAJIAN KES PERTAMA:
1. Hadi mendapat mesej dari sahabat di Facebook yang mahukan 3 pek Sate Kebab perisa Pedas. Hadi tinggal di Shah Alam manakala prospek (bakal pelanggan) tinggal di Senawang, Negeri Sembilan.
2. Hadi berfikir - tol, minyak. Margin keuntungan yang dia dapat tak berbaloi dengan kos penghantaran.
3. Hadi bertanya dengan jemaah niaga sate kebab yang lain jika ada ejen berhampiran yang tinggal di Senawang.
4. Ejen Nora memaklumkan beliau ejen di Senawang malahan menetap di situ.
5. Hadi terus meminta ejen Nora menghubungi prospek tersebut.
6. Ejen Nora akhirnya berjaya melaksanakan urusniaga tersebut malahan pelanggan itu memuji kerana khidmat penghantaran yang pantas.
7. Hadi tidak meminta komisyen ataupun sharing profit 50-50. Hadi menurut pesanan mentor, percaya konsep rezeki Allah yg bagi.
8. Esoknya, Hadi mendapat prospek yang berminat menjadi ejen dan membeli stok Sate Kebab sebanyak 30pek dari beliau.
KESIMPULANNYA:
Jika kita mudahkan urusan orang lain, Allah akan lapangkan urusan kita.
Jika kita berkongsi rezeki dengan orang lain, Allah akan ganti berganda-ganda.
Kajian kes di atas banyak kali berlaku. Dan ramai yg berkongsi dengan jemaah niaga yg lain bagaimana Allah telah membayar TUNAI atas kebaikan yg mereka telah buat.
Alhamdulillah….
Dan sejarah banyak mencatatkan, bila NAWAITU tergelincir maka bermula episod duka lara. Dipengaruhi oleh tamak haloba dan rasa ingin kaya dengan cepat, ada peniaga yg sangat berkira dan sanggup mencuri. Etika niaga dan persahabatan habis dilanggar tanpa segan silu. Akibatnya, silaturrahim yg dipelihara rosak begitu sahaja.
Cuba renung dalam-dalam, kalau kita berdoa kepada Allah s.w.t berbisnes kerana:
MAHU KAYA
atau
Sebab nak tolong orang,
doa yang manakah yang buatkan Allah suka pada anda? Doa mana yg lebih senang dimakbulkan?
Faham ke faham?
Siapa faham & mahu tahu apa lagi rahsia kejayaan bisnes Empayar Niaga Jamaiah Wealth, sila komen… "JW POWER"
Cukup 20 orang, kita akan kongsikan lagi, ....
*******************
Anda suka apa yang saya kongsikan ini?
Sila komen, tag, LIKE & share jika bermanfaat…
Mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat dan memberi peluang untuk kita mengumpul saham akhirat.
#weCAREweGUIDE
#indahnyaBisnesBerjemaah
#EmpayarNiagaJamaiahWealth
#PassionateAboutEntreprene
#YourSuccessIsMyBusiness
#coachmusz
No comments:
Post a Comment