Social Icons

Tuesday, 14 July 2015

Testimoni Usahawan Muda: Kenapa saya memilih perniagaan bersama Sate Kebab Akmal?

Perkongsian luahan rasa dari salah seorang ejen kami.Usahawan muda berumur 24 tahun yang baru menghabiskan pengajian di universiti tempatan. Jom baca...
*****************************************************************************


Hari ini kiriman pantun dari Puan CEO Jamaiah Wealth, Puan Fatimah Mohd Sani buat saya termenung panjang.

"Demi Ramadhan yang beransur pergi
Sujud merawat hati yang gundah
Demi seruan jihad ekonomi
Sate Kebab menjalin ukhuwah"


Terdetik rasa kesyukuran yang amat kerana dapat dipertemukan dengan jemaah niaga yang sangat bersifat menyokong dan bersaing secara sihat.



Tuesday, 7 July 2015

Resepi fusion: Sate Kebab Fritter

===========
Kebab fritter
===========
Oleh: Nurehan Shahri
Rujukan: resepi mudah dan ringkas

Bahan-bahan:
Tepung gandum
SATE KEBAB
Lobak
Air
Secubit garam
Bawang Holland
Telur
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:
  1. Bawang Holland dihiris nipis. Sate kebab dihiris 
  2. Lobak diparut
  3. Satu kan tepung gandum, telur, garam dan air. 
  4. Campurkan sate kebab, bawang Holland dan lobak ke dalam tepung. 
  5. Sedia untuk digoreng.
Testimoni pelanggan:


"Sedap. Resepi ini tidak menghilangkan rasa kebab. Gembira tengok anak dan suami makan bertambah-tambah. Salah satu cara nak bagi anak makan sayur,  saya gunakan lobak yang diparut."


Sunday, 5 July 2015

Fakta kesihatan: Bahaya! Makanan sejuk beku banyak MSG!

TERDAPAT ribuan makanan terproses dikatakan mengandungi penambah perisa monosodium glutamate (MSG). Dalam bahasa Melayu monosodium glutamate dikenali sebagai mononatrium glutamat.


Masakan sejuk beku mudah sedia seperti nuget dan sosej juga biasa ditambah MSG. Sesetengah orang mudah membezakan sama ada sesuatu makanan ditambah MSG atau tidak.


Sesetengah orang pula amat sukar membezakan sama ada kelazatan itu berpunca daripada bahan dimasak atau kerana ditambah MSG.

Kenapa MSG tidak bagus untuk kesihatan?

MSG adalah punca utama masalah kesihatan seperti migrain yang teruk, keguguran rambut dan pelbagai isu kemerosotan kesihatan telah dikaitkan dengan penggunaan MSG.

Alhamdulillah... masih ada pengusaha makanan yang menolak penggunaan MSG demi mengekalkan khasiat dan rasa original isi makanan yang dihasilkan.

Percayalah!

Sate kebab Akmal tidak ditambah MSG. Isi ayam tanpa lemak dan tanpa organ dalaman diperap dengan rempah khusus. Rasanya sangat sedap dan ianya sihat.

Anda rugi jika belum rasa sate kebab 
Akmal Sate Kebab pilihan ibu-ibu di Malaysia!!!






Tambat hati anak dengan pizza sate kebab

Alhamdulillah....

Sahabat kami berkongsi resepi kasih untuk anak-anak. Sengaja mencipta kelainan atas permintaan keluarga. Maklumlah... ganjaran untuk anak-anak kecil yang belum baligh berlatih puasa.

Nak makan luar di Pizza Hut, suami tak berkenan. Berbuka nak cari nasi berlauk juga. 

Serba salah Puan Faradhila kalau diikutkan.


Syukur supermom ini cepat bertindak. Bahan sudah ada, tinggal 'fusion' kan sahaja...
Jom cuba resepi sihat ini!!!

****************
Homemade Pizza
****************
Oleh : Faradhila Haspar
Hp: 0192226434
Status: pemborong sate kebab Kapar , Klang
Rujukan : Pizza Simple & Mudah ; Lemon Teh- Blogger

BAHAN-BAHAN
Roti Pizza (kalau xde guna roti gardenia je pun boleh) 
Sos Spageti(kalau xda guna tomato pure je)
*Sate Kebab- secukupnya
*Udang /sotong-secukupnya(pilihan ye..kalau xde pn xpe)
Cili Benggala-dihiris nipis
Sos cheese
Cheese Mozarella-diparut

*bahan2 direbus sekejap
Doh pizza(kalau rajin nak buat)
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
3 sudu besar air
2 sudu besar minyak jagung/minyak zaitun/minyak masak
1@2 sudu besar susu cair/susu pekat/susu segar
Secubit garam

CARA-CARANYA
1. Sapukan sos spageti atas roti
2. Taburkan Sate Kebab/udang/sotong
3. Susunkan cili benggala
4. Tuangkan sos chèese secukupnya(banyak lg sedap)
5. Taburkan Mozarella cheese
6. Bakar pada suhu 130-170 darjah celcius selama 20-30mnt
7. Siap.


Monday, 29 June 2015

Superstar Pilihan June 2015 : Puan Asmahani

Kisah Benar March 17, 2015

Mungkin inilah yang dinamakan para ilmuan tentang keberkatan apabila mengutamakan jemaah ketika berniaga. Alhamdulillah.. berkongsi rezeki itu lebih baik dan segalanya bergantung pada niat.

Puan Asmahani Awang merupakan stokis terbesar dengan mengungguli hasil jualan tertinggi setiap bulan. Dengan kapasiti 30 ejen di bawah bimbingan beliau, kepimpinan usahawan gigih ini terbukti.

Syukur, rekod terbaik jualan di sini adalah pada hujung minggu 17 March 2015, 480 cucuk sate kebab terjual di kiosk ini yang dibuka dari jam 3ptg sehingga 9mlm sahaja.

Beliau bekerjasama dengan seorang usahawan muda Tuan Mohammad Amirul Rashid yang cukup tegar memasarkan sate kebab ke seluruh Malaysia. Ketika inilah beliau menurunkan ilmu dan suntikan moral pada ejen bawahannya.


Dan pada hari-hari yang beliau sibuk dan tidak dapat hadir meneruskan perniagaan, secara terbuka beliau membuat tawaran pada sidang jemaah niaga kami untuk mengisi kekosongan. Tawaran yang sukar ditolak kerana tapak niaga ini bukan mudah didapati dengan hanya memetik jari. Puan Asmahani telah mendahulukan segala urusan dan prosedur yang diperlukan.

Syukur.. syukur... Nikmat berkongsi rezeki & bekerjasama menjadi tips penting kelangsungan hidup sesebuah perniagaan.

Tahniah!!

Kami salute semangat jemaah itu!



Huru-hara dek kerana publisiti TV Al-Hijrah

Assalamualaikum pembaca budiman yang baik hati...

Doa kami agar tuan dan puan makmur bahagia di bawah lindungan Allah SWT.

Alhamdulillah tuan-tuan & puan-puan,

Kami berbesar hati untuk berkongsi dengan anda kegembiraan bahawa pertama kali dalam sejarah, jualan sate kebab meningkat 100% dan kapasiti pengeluaran kilang kami mencapai tahap optimum. Ini bermakna pendapatan ejen-ejen, pemborong dan superstar kami melonjak. Rezeki yang dapat dinikmati oleh setiap lapisan jemaah niaga kami.

Bagaimana ini berlaku?

Saya telah kongsikan dengan tuan/puan berkenaan pengumuman dari Puan CEO Jamaiah Wealth beberapa hari sebelum Ramadhan. (rujuk http://akmalofficial.blogspot.com/2015/06/sate-kebab-bersiaran-di-tv-al-hijrah.html)

Berikut adalah antara gambar yang sempat diambil ketika penggambaran:-


Puan Hafizah Mustafa & Akmal sibuk menyusun atur
Krew TV Al-Hijrah menyiapkan lokasi penggambaran
Puan Hafizah Mustafa & Puan Fatimah siap disolek dan bersedia untuk action!
Standby ON_AIR!

Ketika siaran berlangsung, sahabat-sahabat dalam jemaah niaga riuh berchatting di group wassap. Teruja melihat produk mereka dikaca tv. Bertalu-talu kata semangat dan ucapan tahniah meraikan publisiti yang diberikan kepada Akmal Sate Kebab.

Gambar yang diambil oleh salah seorang superstar yang setia menanti di depan televisyen ketika siaran langsung.


Ketika bersiaran, Puan Fatimah huru-hara dihujani mesej sebaik nombor beliau ditayangkan di skrin. Semuanya bertanya di mana mereka boleh mendapatkan sate kebab yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka.

Alhamdulillah.. situasi ini berlanjutan sehingga Ramadhan dan menambah rezeki buat sahabat niaga di bawah payung Jamaiah Wealth Sdn Bhd.

Doakan kejayaan kami menambah nilai pada ekonomi keluarga di Malaysia melalui perniagaan Sate Kebab.

#WeGuideWeCare
#JamaiahWealth

Mac, Kebab & Cheese

**********************
Mac, Kebab & Cheese
**********************
Oleh : Asmahani Awang
Rujukan : Resepi Mac n Cheese, Cook Ez with Sue Dz

BAHAN-BAHAN
200g Macaroni yang telah direbus hingga ala dante
Sedikit mentega - anggaran 3 sudu
Sedikit tepung gandum - anggaran 2 sudu
Susu segar - anggaran secawan
4 cucuk SATE KEBAB BERIANI - dipotong dadu
2 keping cheese











CARA-CARANYA
1. Cairkan mentega.
2. Masukkan sate kebab. Masak sebentar sahaja sebab sate kebab ni mmg dah separa masak.
3. Masukkan tepung.
4. Bila dah agak pekat, masukkan susu. Boleh tambah air jika perlu.
5. Masukkan macaroni. Gaul rata. Jika terlampau pekat masukkan sedikit lagi susu atau air.
6. Taburkan kepingan cheese yang telah dicarik kecil. Kacau rata hingga semua cheese cair.
7. Siap.

 
Blogger Templates