Social Icons

Tuesday 3 February 2015

Chef Intan Liana di SACC

Alhamdulillah... Sate Kebab Akmal semakin mendapat tempat di kalangan warga bandaraya Shah Alam.

Chef Intan Liana &Puan Fatimah
Hari ini pada jam 11am sehingga 12 tengahari, berlangsung acara demonstrasi masakan atas jemputan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor ketika berlangsungnya Pesta Buku Selangor 2015. Penghormatan tersebut diberikan kepada Puan Intan Liana, usahawan online di bawah payung empayar Jamaiah Trading PLT bagi mempersembahkan kepada pengunjung Pesta Buku Selangor kepakaran memasaknya.
Puan Intan Liana bergaya cemerlang dengan penuh yakin sebagai Chef semasa berdiri di hadapan ratusan penonton di atas pentas yang disediakan oleh pihak penganjur di Shah Alam Convention Centre.
Sememangnya telah menjadi objektif utama Syarikat Akmal Food Industry dengan kerjasama pembangunan usahawan online oleh Jamaiah Trading PLT untuk memperkenalkan makanan produk muslim sebagai pilihan terbaik tanpa keraguan.

 


 
Chef Intan Liana mempersembahkan menu beliau yang menggunakan Sate Kebab Akmal sebagai bahan utama dalam menghasilkan Roti Sate Kebab & Salad Sate Kebab.



Roti Sate Kebab jadi pilihan
Selain itu, demonstrasi ini juga bertujuan berkongsi dengan para pengunjung betapa mudahnya memasak menggunakan pemanggang elektrik dan senang dikendalikan walaupun untuk kanak-kanak. Oleh itu, ianya dapat membantu usahawan-usahawan lain memperkenalkan bisnes ini sebagai salah satu latihan perniagaan untuk kanak-kanak.
 
Antara jemputan yang hadir termasuklah dari pihak Syarikat Akmal Food Industry & Jamaiah Trading PLT iaitu Tuan Akmal & Puan Fatimah sendiri bagi memberikan sokongan penuh.



Tuan Akmal & Puan Fatimah hadir sebagai tetamu jemputan
 
Alhamdulillah.. respon pengunjung sangat menggalakkan.




Pentas diserbu oleh pengunjung bagi merasa sendiri hasil demo masakan



Rata-rata berpuas hati dengan keenakan sate kebab
Kami mendoakan Chef Intan Liana terus maju-jaya di masa hadapan.

Bagi yang berminat untuk menyertai tim Jamaiah Trading dan meneroka pasaran produk makanan sejuk beku di Malaysia, boleh rujuk pada halaman Pakej Kiosk.





No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates