Social Icons

Wednesday 28 October 2015

Inspirasi Hebat Superstar Pilihan November 2015: Hafizah Mustafa

Alhamdulillah… satu lagi pertemuan santai antara superstar dan tim pengurusan Sate Kebab Akmal berjaya dilaksanakan. Bertempat di KUEH CAFÉ, kami memulakan agenda dengan sesi perkongsian liku-liku perniagaan yang ditempuh oleh wanita-wanita berhati waja ini.
 
Banyak cerita inspirasi yang ingin kami kongsikan, namun untuk kali ini kami akan bawakan kepada anda kisah seorang superstar sate kebab yang paling muda dalam jemaah niaga kami.

1.0 KECIK JANGAN DISANGKA ANAK
Bidalan ini yang sering kita dengar daripada orang tua sangat tepat digambarkan kepada superstar kami pada kali ini. Hafizah Mustafa kini mampu berdiri sama tinggi bersama pembekal-pembekal sate kebab utama yang lain apabila pendapatan yang diperolehinya berjaya menggantikan pendapatan bulanan yang diterimanya ketika bekerja makan gaji. Malahan sebenarnya lebih dari itu.
Dan kisah kejayaan beliau bukanlah seperti lorong yang sentiasa terang dan lurus. Banyak liku-liku kehidupan yang terpaksa ditempuh dan menjadikan beliau lebih matang.

2.0 KU SANGKAKAN PANAS HINGGA KE PETANG….
Perjalanan hidup superstar pilihan November ini bertitik tolak dari hijrah beliau selepas diijabkabulkan. Setelah bergelar isteri, beliau terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti kerja ketika berpindah dari Kuantan ke Shah Alam mengikut suaminya. 

Kisah pedih Hafizah Mustafa bermula apabila suaminya ditimpa kemalangan pada bulan Julai-2014. Berikutan dengan insiden itu, suami Hafizah Mustafa telah diberikan cuti tanpa gaji. Mujurlah ketika itu Hafizah Mustafa sudah mula berjinak-jinak dengan perniagaan makanan sejuk beku.

Namun bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, ujian buat Hafizah Mustafa dan suaminya tidak berhenti setakat itu. Ketika suaminya kembali pulih dan disahkan layak bekerja kembali, syarikat tempat suaminya bekerja menghentikan operasi dan berpindah ke India atas alasan penstrukturan semula.

Sekali lagi Hafizah Mustafa terduduk dan termenung panjang memikirkan masa depan. Mujurlah pada masa itu mereka berdua belum dikurniakan cahaya mata. Jadi, Hafizah Mustafa pantas merisik peluang dan mencari akal. Bisnes makanan sejuk bekunya memerlukan gerila pemasaran yang lebih aktif dan kompetitif. Hafizah mula meletakkan sasaran jualan setiap bulan bagi mendapatkan pendapatan konsisten. Kehilangan mata pencarian untuk menampung kehidupan mereka sekeluaga membuatkan Hafizah Mustafa nekad memberikan tumpuan 100% pada perniagaannya.

3.0 MENDUNG AKHIRNYA BERARAK PERGI
Hafizah Mustafa akhirnya mendapat peluang memasarkan produk Sate Kebab Akmal dan menjadi antara kumpulan perintis pertama ketika produk ini pertama kali diperkenalkan ke dunia bisnes secara online pada Januari 2015. 

Fokus Hafizah Mustafa diberikan 100% kepada produk makanan sejuk beku keluaran Akmal Food Industry Sdn Bhd iaitu Sate Kebab. Hafizah Mustafa adalah antara anak didik Puan Fatimah Mohd Sani yang memberikan kepercayaan penuh pada bimbingan keusahawan yang diberikan. Sikap beliau yang  rajin bertanya dan sentiasa aktif mencari peluang memberikan pulangan yang baik pada perniagaannnya.

4.0 MUNCUL DI TV AL-HIJRAH UNTUK SLOT RANCANGAN 'ASSALAMUALAIKUM'

Kegigihan dan kejayaannya superstar pilihan November 2015 ini pernah menarik perhatian media sehingga beliau dijemput memenuhi slot DIY (Do It Yourself) di TV Al-Hijrah. Bersama Puan Fatimah Mohd Sani, Ketua Eksekutif Pemasaran Sate Kebab Akmal, Puan Hafizah Mustafa menunjukkan kepada penonton pelbagai cara memasak sate kebab.

Paling menggembirakan publisiti ini telah membantu menaikkan jualan Sate Kebab sehingga 100%. Dan Syukur Alhamdulillah... hasil kerjasama sepasukan di dalam Jemaah Niaga Sate Kebab Akmal telah mempertahankan peningkatan jualan tersebut sehingga hari ini.

Puan Hafizah Mustafa juga seorang yang mesra media dan pernah terlibat di dalam program the Vocket Talk KL yang memberikan maklumat-maklumat penting tentang tips-tips penting menceburi industri pakaian, industri trak makanan (Food Truck) dan dunia aplikasi dan ingin mengetahui operasi di sebalik sesuatu aplikasi penghantaran makanan secara online. Program ini juga melibatkan penceramah jemputan daripada lima orang tokan dari industri yang berbeza.

Sebagai menghargai kerja-kerja promosi tersebut, Puan Hafizah menghadiahkan 300cucuk Sate Kebab Akmal kepada warga kerja The Vocket Talk.

5.0 IMPIAN BEBAS KEWANGAN
Syukur akhirnya kini beliau selesa dan yakin dengan pilihan yang dibuat. Hasil jualan sate kebab memberikan peluang kepada Hafizah Mustafa untuk memberikan elaun bulanan pada kedua ibubapanya. Sesuatu yang Hafizah Mustafa tidak dapat lakukan sebelum itu.

Lebih mengujakan, beliau dapat meraikan hasil perniagaannya daripada pembekalan stok Sate Kebab Akmal pada superstar, pemborong dan ejen dengan membawa ibubapanya bercuti ke Krabi, Thailand.

6.0 AKU TIDAK AKAN BERHENTI BERMIMPI

Mimpi itu PERCUMA. Oleh itu, Hafizah Mustafa tidak berhenti. Beliau juga telah merancang perjalanan Umrah buat keluarga dan juga orang tuanya. Inilah antara impian BESAR Hafizah Mustafa dalam kembaranya menuju ke tahap bebas kewangan.

Hafizah Mustafa seorang superstar yang jelas akan arah tujunya dan sangat ringan tulang terutama sekali jika ejen & pemborong terlibat dengan aktiviti jualan di karnival atau konvokesyen.

Marilah kita mendoakan kejayaannya di masa hadapan. Kerana setiap kejayaannya juga bermakna, lahir kejayaan-kejayaan usahawan-usahawan baru yang lain.

Amin ya rabbal alamin!


Anda perlukan bimbingan niaga secara peribadi daripada usahawan Sate Kebab Akmal yang banyak pengalaman & testimoni kejayaan?

Whatsapp "SK NIAGA" ke 017-9318301
 Hafizah Mustafa @ 017-9318301


8 comments:

  1. #satekebabakmalkulai johor Siapa berminat boleh hubungi kami 014-9114948 #stokiscawangankulaijohor

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah penat lelah dibayar setimpal. Tiada apa yg lebih baik dari perancangan Allah. Sesungguhnya perancangan Allah itu Hebat!!Tahniah Puan Hafizah!Semogq terus SUCCESS!!!

    ReplyDelete
  3. Terime kasih semua.. Kite sme2 berjaya berjemaah :)

    ReplyDelete
  4. Terime kasih semua.. Kite sme2 berjaya berjemaah :)

    ReplyDelete

 
Blogger Templates