Social Icons

Thursday 28 July 2016

SIAPA DI SEBALIK KISAH KEJAYAAN USAHAWAN SATE KEBAB

Alhamdulillah.... 
Banyak lagi kisah kejayaan usahawan sate kebab yang bakal kami kongsikan. Setakat ini dari superstar Edd Ahmad membariskan artikel berikut.

Nantikan lebih banyak pendedahan menarik kisah-kisah ejen & pemborong kami. Semuanya bertitik tolak daripada unsur Mentor & Sistem. Pelengkap pada formula M.E.S.T.I berjaya....!!!!!

Selayaknya penghargaan patut dikalungkan kepada peneraju sistem niaga ini yang mementingkan konsep berniaga secara berjemaah. Bukan senang hendak memastikan persefahaman yang konsisten bagi 300++ rangkaian ejen, pemborong dan superstar. 

Jom kita lihat siapa tulang belakangnya:-

Puan Fatimah Mohd Sani
CEO Jamaiah Wealth Snd Bhd
Pengarah Pemasaran Akmal Food Industry
Tahniah Puan Mentor, Puan Fatimah Mohd Sani atas kepakaran beliau dalam bidang pemasaran & bisnes online. Lahirnya beratus-ratus usahawan-usahawan baru dalam bidang makanan sejuk beku - Sate Kebab Akmal. Antara kejayaan jemaah niaga di bawah pimpinan & sistem yg dicipta serta diselanggara oleh beliau secara konsisten:

1) Seorang bapa di usia lebih separuh abad yang pada mulanya seorang asnaf penerima zakat. Bapa yg cekal ini telah naiktaraf dari ejen kepada pemborong dan kini menjadi superstar. From zero to Hero! Dari 15pek --> 500pek. Kini beliau memiliki 3 tapak jualan yg menjana pendapatan konsisten.
2) Pilihan niaga untuk wanita bekerjaya yg memilih untuk berniaga. Ada satu kisah kejayaan, salah seorang Pembekal utama kami tiba-tiba diberikan tawaran VSS. Berjaya survive & menjana lebih pendapatan apabila fokus 100% pada bisnes frozen food ini.
3) Kisah seorg isteri yg sudah jatuh ditimpa tangga apabila suaminya yg kemalangan tiba-tiba hilang pekerjaan sekembalinya bertugas. Rupa-rupanya syarikat di tempat suaminya bekerja menutup operasi. Si isteri fokus pada bisnes Sate Kebab ini dan berjaya bangkit semula dari kejatuhan. Malahan mampu menaja percutian ke Krabi Thailand untuk suami & ibubapa hasil dari pendapatan bisnes ini.

Dan seribu satu kisah kejayaan & kepayahan yang berjaya ditebus oleh insan-insan berhati cekal ini. Semua nya hasil usaha empayar niaga yg dibina dari batu-bata kegigihan & semangat. Kemampuan beliau menyemai ukhuwah di kalangan jemaah berjaya mengekalkan sistem.

Mengenali peribadi Puan Fatimah Mohd Sani, banyak yang ingin dikongsikan. Sebagai seorang lady-entrepreneur.... poster ini menepati salah satu ciri emas yang ada padanya.

Puan Fatimah Mohd Sani adalah seorang wanita biasa, manusia biasa yg punya emosi dan tetap melatah macam perempuan lain bila dihimpit atau ditekan oleh faktor2 luar.... Saya beruntung kerana dapat melihat susuk ini secara berdepan. Sememangnya antara kami mmg tiada hipokrasi.

Yang paling menarik, dia akan meluahkan & membebel kadang2 menjerit kemudian dalam masa 5 saat dia tarik nafas bertenang kemudian dia berubah, menjelma menjadi orang lain. Dengan tenang dia akan menjawab setiap satu permasalahan dengan rasional. Tindakannya selepas itu disusun atur, mendapatkan pandangan ahli majlis penasihat peribadinya dan bangggg..... titik muktamad.

Solusi ditemukan dan anak panah ditembak ke sasaran!

Bak kata org tua, tarik rambut dalam tepung... rambut tak putus, tepung tak berselerak.

Tahulah saya inilah antara elemen kekuatan yang memastikan beliau bertahan dalam bisnes nya.
Saya doakan beliau terus kuat, diberikan rezeki yg tidak disangka-sangka, diberikan kesihatan yg baik & terpelihara diri serta ahli keluarganya dalam perlindungan Allah S.W.T.
Amin ya rabbal alaminnn...


Salam Maju Jaya
Musleha Nasmian @ Coach.Musz


No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates