Social Icons

Thursday 10 November 2016

#1 FORMULA BISNES #EmpayarNiagaJamaiahWealth

Apakah formula kejayaan empayar niaga Jamaiah Wealth?



#1 LANGIT
Kami sering adakan perjumpaan santai sambil makan2 dirumah ataupun di luar dengan jemaah niaga kami. Salah seorang superstar (Pembekal utama) Sate Kebab kami berkongsi momen2 penting dalam kehidupan mereka sejak menyertai jemaah niaga ini.

Inilah antara testimoni berharga yang dapat kami kutip :

PANDANG KE LANGIT

Alhamdulillah.. Setiap kali saya ditimpa musibah atau berdepan dengan ujian, saya rewind kata2 mentor saya Puan Fatimah Mohd Sani, “Pandang ke langit!!

Dahulu, saya tidak pernah mencapai jualan yang konsisten lebih dari DUA RIBU RINGGIT. Semua jenis bisnes saya cuba. Banyak turun dari naik. Saya selalu mengeluh dan putus asa. Saya juga selalu menyalahkan pasangan saya bila duit tak cukup untuk belanja harian. Saya merungut sebab pasangan saya tidak menyokong bisnes sampingan saya.

Sekarang, setiap kali saya mengalami kesukaran dalam bisnes saya tidak pandang sesiapa, jauh sekali menyalahkan. Saya ingat pesan Puan Fatimah, “Pandang ke langit dan semak balik hubungan kita dengan Allah. Bila kali terakhir kita mengadu pada Dia dan berdoa minta pertolongan.”

Saya pun semak balik. Bila kali terakhir saya solat taubat? Adakah saya istiqomah melakukan solat dhuha? Adakah saya menjaga masa supaya solat awal waktu? adakah saya cukup bersedekah? Sudahkah saya membakar zakat? Adakah saya menjaga mulut, perkataan dan tulisan malahan minda dari memikirkan perkara-perkara negative? Adakah saya menjaga hati ibubapa, hubungan adik beradik dan sahabat?

Sejak saya mengikut nasihat mentor bisnes saya supaya menjaga hubungan dengan Allah, saya lebih bahagia dalam bisnes. Walaupun belum cukup mewah, tapi serba serbi keperluan saya cukup malahan boleh menampung gaya hidup yang saya mahukan. Saya berjaya membuat jualan 5angka sebulan dengan konsisten (setakat ini selama 4 bulan berturut-turut). Bisnes saya dimudahkan. Ejen2 saya datang ke rumah mengambil stok, jadi saya tidak kepenatan membuat penghantaran seperti dulu. Jiran2 dan orang terdekat mula membeli dengan saya padahal sblm ini bertanya pun tidak, malahan kena block lagi di facebook.

Setiap kali saya ada masalah, saya rujuk pada mentor dan beliau tidak pernah menghampakan. Selain memberikan tunjuk ajar, beliau berjaya mengubah saya menjadi muslim yang lebih bertanggungjawab dan memelihara iman sendiri. Beliau membantu saya menetapkan KPI.

Syukur sangat-sangat, kini pandangan saya terhadap persediaan hari akhirat lebih jelas. Lebih bermakna. Dan saya boleh meninggikan tahap keimanan dengan berbisnes.

Alhamdulillah…..

Begitulah testimoni yang dikongsikan oleh pemborong kami.

Kami gembira sangat-sangat dapat membantu orang lain kerana inilah nawaitu kami sejak di garis permulaan lagi.... ini yang Sifu bisnes kami ajar dan kami turunkan pada protege kami.

Siapa faham & mahu tahu apa lagi rahsia kejayaan bisnes Empayar Niaga Jamaiah Wealth, sila komen… "JW POWER"

Cukup 20 orang, kita akan kongsikan lagi, ....

*******************
Anda suka apa yang saya kongsikan ini?

Sila komen, tag, LIKE & share jika bermanfaat…
Mudah-mudahan perkongsian ini memberi manfaat dan memberi peluang untuk kita mengumpul saham akhirat.

#weCAREweGUIDE
#indahnyaBisnesBerjemaah
#EmpayarNiagaJamaiahWealth
#PassionateAboutEntrepreneurship
#YourSuccessIsMyBusiness
#coachmusz

 — feeling motivated at Bukit Raja, Klang.


No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates