Social Icons

Tuesday 12 September 2017

Bila pekerja merungut, apa nak jawab?

Ramai orang meminta tips untuk mencapai tahap yang saya miliki sekarang.
Alhamdulillah.... Syukur Tuhan masih memihak dan memberi rezeki. Saya amat berterima kasih pada sokongan keluarga dan sahabat. Saya tak kisah berkongsi pengalaman pun. Malahan saya mendoakan tuan-puan lebih berjaya daripada saya.
Hakikat dunia perniagaan, terutama sekali produk sendiri sebenarnya sangat besar cabaran.
Sebelum saya menceburi bidang perniagaan, saya bekerja dalam pasukan engineer di kilang elektronik . Bukan balik kerja pukul 6 atau pukul 7 malam . Tapi balik pukul 1 ke 2 pagi setiap hari sampai jatuh sakit . Bukan sehari bukan seminggu tapi 5 tahun . Tu belum masuk bab kena maki hamun dengan boss .
Kemudian, saya menjadi suri rumah. Cabaran membesarkan 4 orang anak dan berjauhan dengan suami selama 4 tahun . Yang sulung masa itu berusia 7 tahun . Yang bongsu 6 bulan . Masya’ Allah, tuhan saja yang tahu. Dan dalam masa 14 tahun, saya berjaya berdiri menjadi usahawan kecil bersama sekumpulan usahawan lain yang tegar dan saling menyokong, memudahkan. Itupun bukan sedikit cabaran yang merempuh … mujur tembok kesabaran masih kuat.
Saya selalu menahan diri dari merungut atau ‘complaint’. Sebab saya percaya pada rezeki yang Allah bagi. Merungut akan menjauhkan rezeki dan menyebabkan rasa tak bahagia. 
Jika hanya kerja atau bisnes berkiblatkan duit, susah nak bahagia .
Bersyukurlah… hasil dari kerja keras dan pengalaman pahit itulah yang membentuk jiwa saya sekarang ini. Saya masih berpegang pada nawaitu, bisnes untuk membantu orang lain .
Pesanan saya buat yang mahu berjinak jinak atau berniat nak jadi produk owner (pemilik produk) , jiwa kena kental ,tak boleh sikit sikit sentap . Perlu pandai dan bijak susun strategi untuk pastikan syarikat terus maju .
Yang paling penting . Hati kena kering . Lebih kering sekering kering nya dari kita menghadapi cabaran jual produk orang lain .
No automatic alt text available.Antara cabaran utama bila buat produk sendiri ialah hal hal yang melibatkan manpower iaitu "pekerja" .
Kerja sikit = merungut tak de OT, tak de gaji
Kerja banyak = merungut lagi
Kenalah tadah telinga melayan pekerja tu. Dan belajar macam mana nak menaikkan moral mereka. Kalau tidak, Memang mereka akan asyik lompat kerja lah jawab nya .
Adat berbisnes, belajar sambil tersadung kaki. Jatuh bangkit kembali. Kena jaga juga adab berguru. Berkat ilmu yang diberi impaknya bukan hanya pada rezeki duit-duit dan jualan semata. Rezekinya pada banyak cabang. SMI – sendiri mau ingat.


No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates