Social Icons

Monday 29 June 2015

Huru-hara dek kerana publisiti TV Al-Hijrah

Assalamualaikum pembaca budiman yang baik hati...

Doa kami agar tuan dan puan makmur bahagia di bawah lindungan Allah SWT.

Alhamdulillah tuan-tuan & puan-puan,

Kami berbesar hati untuk berkongsi dengan anda kegembiraan bahawa pertama kali dalam sejarah, jualan sate kebab meningkat 100% dan kapasiti pengeluaran kilang kami mencapai tahap optimum. Ini bermakna pendapatan ejen-ejen, pemborong dan superstar kami melonjak. Rezeki yang dapat dinikmati oleh setiap lapisan jemaah niaga kami.

Bagaimana ini berlaku?

Saya telah kongsikan dengan tuan/puan berkenaan pengumuman dari Puan CEO Jamaiah Wealth beberapa hari sebelum Ramadhan. (rujuk http://akmalofficial.blogspot.com/2015/06/sate-kebab-bersiaran-di-tv-al-hijrah.html)

Berikut adalah antara gambar yang sempat diambil ketika penggambaran:-


Puan Hafizah Mustafa & Akmal sibuk menyusun atur
Krew TV Al-Hijrah menyiapkan lokasi penggambaran
Puan Hafizah Mustafa & Puan Fatimah siap disolek dan bersedia untuk action!
Standby ON_AIR!

Ketika siaran berlangsung, sahabat-sahabat dalam jemaah niaga riuh berchatting di group wassap. Teruja melihat produk mereka dikaca tv. Bertalu-talu kata semangat dan ucapan tahniah meraikan publisiti yang diberikan kepada Akmal Sate Kebab.

Gambar yang diambil oleh salah seorang superstar yang setia menanti di depan televisyen ketika siaran langsung.


Ketika bersiaran, Puan Fatimah huru-hara dihujani mesej sebaik nombor beliau ditayangkan di skrin. Semuanya bertanya di mana mereka boleh mendapatkan sate kebab yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka.

Alhamdulillah.. situasi ini berlanjutan sehingga Ramadhan dan menambah rezeki buat sahabat niaga di bawah payung Jamaiah Wealth Sdn Bhd.

Doakan kejayaan kami menambah nilai pada ekonomi keluarga di Malaysia melalui perniagaan Sate Kebab.

#WeGuideWeCare
#JamaiahWealth

No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates