Social Icons

Monday 29 June 2015

Superstar Pilihan June 2015 : Puan Asmahani

Kisah Benar March 17, 2015

Mungkin inilah yang dinamakan para ilmuan tentang keberkatan apabila mengutamakan jemaah ketika berniaga. Alhamdulillah.. berkongsi rezeki itu lebih baik dan segalanya bergantung pada niat.

Puan Asmahani Awang merupakan stokis terbesar dengan mengungguli hasil jualan tertinggi setiap bulan. Dengan kapasiti 30 ejen di bawah bimbingan beliau, kepimpinan usahawan gigih ini terbukti.

Syukur, rekod terbaik jualan di sini adalah pada hujung minggu 17 March 2015, 480 cucuk sate kebab terjual di kiosk ini yang dibuka dari jam 3ptg sehingga 9mlm sahaja.

Beliau bekerjasama dengan seorang usahawan muda Tuan Mohammad Amirul Rashid yang cukup tegar memasarkan sate kebab ke seluruh Malaysia. Ketika inilah beliau menurunkan ilmu dan suntikan moral pada ejen bawahannya.


Dan pada hari-hari yang beliau sibuk dan tidak dapat hadir meneruskan perniagaan, secara terbuka beliau membuat tawaran pada sidang jemaah niaga kami untuk mengisi kekosongan. Tawaran yang sukar ditolak kerana tapak niaga ini bukan mudah didapati dengan hanya memetik jari. Puan Asmahani telah mendahulukan segala urusan dan prosedur yang diperlukan.

Syukur.. syukur... Nikmat berkongsi rezeki & bekerjasama menjadi tips penting kelangsungan hidup sesebuah perniagaan.

Tahniah!!

Kami salute semangat jemaah itu!



No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates