Social Icons

Tuesday 14 July 2015

Testimoni Usahawan Muda: Kenapa saya memilih perniagaan bersama Sate Kebab Akmal?

Perkongsian luahan rasa dari salah seorang ejen kami.Usahawan muda berumur 24 tahun yang baru menghabiskan pengajian di universiti tempatan. Jom baca...
*****************************************************************************


Hari ini kiriman pantun dari Puan CEO Jamaiah Wealth, Puan Fatimah Mohd Sani buat saya termenung panjang.

"Demi Ramadhan yang beransur pergi
Sujud merawat hati yang gundah
Demi seruan jihad ekonomi
Sate Kebab menjalin ukhuwah"


Terdetik rasa kesyukuran yang amat kerana dapat dipertemukan dengan jemaah niaga yang sangat bersifat menyokong dan bersaing secara sihat.



Saya teringat ketika membuat keputusan menjadi usahawan sate kebab. Gara-gara topik hangat di group wassap famili yang berkisar tentang kebajikan dan keperluan ibubapa kami di kampung.


CABARAN DUNIA KERJAYA
---------------------------------------

Gambar hiasan semata.
Saya baru sahaja 4 bulan bekerja di Johor Bharu. Orang kata baru nak memulakan hidup setelah bergelar graduan lulusan UITM. Sebagai graduan baru, saya terpaksa berpuas hati dengan tangga gaji yang ditawarkan. Maka, berdikit-dikitlah saya hidup di perantauan mencari rezeki dengan motorsikals ebagai pengangkutan utama ke tempat kerja.

Isu di tempat kerja yang menjadi kerisauan mak & abah mula dibangkitkan. Sudahlah bekerja di tempat pembinaan yang dipenuhi dengan pekerja indonesia dan bangladesh, balik pula lewat malam.

 Kerana bimbang akan keselamatan saya yang menunggang motorsikal ke sana kemari, mak saya akhirnya berkeras meminta saya membeli kereta.

KERETA? Mana saya nak cekau bayar pinjaman bulanan? Sekurang-kurangnya RM500 di situ. Fuhh... Tetapi ibu saya telah meminta abang dan kakak membuat tempahan dan meletakkan deposit. Mahu tidak mahu, saya anggukkan kepala saja.

SEWA RUMAH, KERETA, DUIT MINYAK... di bandar Johor Bharu. DUIT MAKAN lagi, kawan-kawan rasa gaji RM2000++ cukup kah? Walaupun saya single? Tak mengapalah, kita ikut saranan menteri dan pakar motivasi ye.. UBAH GAYA HIDUP. BERJIMAT-CERMAT. IKAT PERUT.

Fuhhh... kita kayuh pelan-pelan okay?

MAK ABAH PERLUKAN DUIT BELANJA DAPUR
------------------------------------------------------------------
--
Tiba-tiba meletup topik hangat dalam group wassap adik-beradik kami. Berkisar tentang duit poket untuk mak & abah. Saya sebagai anak bongsu, takkan nak tengok saja abang-abang dan kakak-kakak keluar duit tiap-tiap bulan. Ada masa-masa mereka kesempitan tersangkut juga... Lagipun masa saya belajar, semua orang bantu saya. Bila pulak kita nak balas jasa mereka, ek?

Saya terdiam membaca rentetan mesej yang berjela di wassap. Kepala saya ligat berfikir, cara mana lagi aku nak pusing duit gaji bagi cukup dan ikut membantu mak abah?

Tup..tup.. meletup lagi satu isu di group wassap famili. Cerita pasal Mak Abah gigih menyimpan duit untuk pergi menunaikan umrah. Aduhhh! Takkan aku nak tengok saja? Mak Abah sudah tidak kuat bekerja lagi macam muda-muda dulu. Hasil dari kebun kelapa sawit terpaksa di bahagi dua dengan pemotong upahan. Belum modal beli baja dan lain-lain lagi.


MAHU BERNIAGA, TETAPI TIADA ILMU
---------------------------------------------------------
Kalau aku bergantung pada duit gaji sahaja, memang tak lah kan? Aku tahu orang selalu cakap jalan rezeki itu 9/10 datang dari perniagaan. Tetapi aku seram sejuk pula... cukup ke ilmu nak berniaga nih? hahahaha... memang tergelak sendiri.

Bila aku suarakan isi hati pada kakak, aku di ajar satu formula yang mengandung 5 elemen M.E.S.T.I. Kata kakak, kalau aku ikut betul2, formula ni MESTI berjaya!!!

Pertama aku mesti ada MENTOR. Guru perniagaan yang sudah terbukti rekod kejayaan. 

Kedua aku mesti ada Emosi+Ilmu (Elmu). Kata kakak, aku mesti komited dan nekad, jelas SEBAB SEBENAR / BIG WHY kenapa aku mahu berniaga. BIG WHY ini pula mesti disokong dengan ilmu perniagaan yang kukuh. Kenapa? Kakak kata, kalau aku ditakdirkan tersungkur dalam perniagaan nanti, BIG WHY inilah yang akan paksa kau bangun semula dan sambung berlari. DONT GIVE UP!

Ketiga, aku mesti ikut SISTEM /STRATEGI. Kakak pesan, sebab itulah ada MENTOR. MENTOR ini telah sedia SISTEM... jejak kejayaan untuk kita ikut. SISTEM yang telah terbukti berkesan.

Keempat, kata kakak aku mesti ada TINDAKAN. Maksudnya, dah ada semua 1-2-3 di atas, kenalah buat. Kalau tak, tak guna!

Akhir sekali, kakak aku suruh aku tulis IMPIAN. IMPIAN tu semua tulis dan tampal kat dinding. Hari-hari belek, baca impian2 tu dan doa secara spesifik. Supaya segala tindakan dan benda2 positif datang kat kita dan menyokong perjuangan ke arah matlamat kejayaan.

Lama gak aku dengar kakak aku membebel, tapi aku tadah je la...

Aku tanya dia balik, sapa mentor yang patut aku pilih?


TIPS MEMILIH PERNIAGAAN / MENTOR
-------------------------------------------------------

Hmm.. kakak tanya aku balik.. berapa modal aku sanggup laburkan?

Seriau aku dengar, memanglah aku ada simpanan. Tapi simpanan berapa sen sangat? Biasa berniaga kena pakai modal puluh-puluh ribu. Mana ada banyak tuuuu.. setakat seribu dua tu gagah le lagi...

Kakak aku cakap, sebaik-baik perniagaan dimulakan dengan modal 'kosong'!

Fuhh! Kosong? Macam tak percaya je....

Ya KOSONG! Haaa... tu dia. Menanah telinga aku bila aku terpaksa bersabar mendengar dia bentangkan semua pilihan-pilihan yang aku ada. Ada perniagaan yang mula dari '0' ada yang RM74, ada yang RM100++... Paling penting, ada margin keuntungan dan tinggi jualan berulang!

Ohhhh.. begitu ke?

Amik masa 2-3 minggu jugaklah nak fikir. Setelah solat istikharah bagai, akhirnya aku memilih untuk mencuba perniagaan sate kebab.

SATE KEBAB AKMAL
----------------
Aku pilih Sate Kebab Akmal sebab aku boleh bermula dengan modal yang rendah.

Satu lagi, jualan makanan sejuk beku ini boleh melibatkan mak abah tanpa perlu mereka berkerja kuat. Aku tinggalkan stok di kampung, mak abah jaga stok dan inform aku untuk refill. Kalau ada orang nak beli terus dari mak abah, aku tak risau sangat. Orang tua aku lagi terror berniaga pun sebenarnya.

Aku ada pilihan untuk jadi ejen dengan jualan 15 pek.. jadi modal aku lebih kurang RM100++ sahaja. Tetapi aku ambil keputusan untuk mengambil pakej freezer.. pakej NEUTRON.

Sah sehingga diberitahu kelak.


Bukan setakat freezer yang aku dapat, kiosk kecik, stok 75 pek, topi dan baju pun aku dapat. Lengkap sudah kalau aku mahu berniaga FOOD STANDING. Mobile plak tu. Senang di bawa ke mana-mana lokasi perniagaan.



Fuhhh... banyak lagi aku kena belajar dalam selok-belok perniagaan makanan sejuk beku ini. Tetapi group telegram yang mengumpulkan jemaah niaga, banyak membantu aku. Bimbingan perniagaan dari CEO Jamaiah Wealth (rakan kongsi Akmal Food Industry yang bertanggungjawab menguruskan pembangunan usahawan muda), tim online marketing (blogger, fb ads specialist) dan juga perkongsian ilmu offline marketing dari stokis dan pemborong-pemborong yang lain.

Paling BEST, aku didedahkan dengan jalan perjuangan yang lebih bermakna. JIHAD EKONOMI. Perjuangan untuk berdiri sama tinggi dengan kelompok-kelompok lain yang telah lama menguasai ekonomi di Malaysia.

Bimbingan motivasi dan keruhanian dari Puan Fatimah Mohd Sani memang  terbaik! Terasa macam aku berjalan dalam terowong yang gelap, kemudian ada orang datang memimpin tangan aku dengan lampu suluh yang terang.

Inilah cerita picisan tentang aku. Tentang perjalanan aku yang baru bermula.

Doakan aku kawan-kawan. Agar dapat mencapai impian dan memenuhi hasrat mak abah.

Doakan aku terus upaya membantu lebih ramai lagi di luar sana.

Amin ya rabbal alamin...


Nukilan: Yaya Dahlan @ 012-759 0114
Ejen Sate Kebab Ayer Hitam-Yong Peng



No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates