Social Icons

Wednesday 9 September 2015

RESEPI ROTI KARIPAP BERINTIKAN SATE KEBAB


ROTI KARIPAP BERINTI KENTANG & #SATEKEBAB
Bahan-Bahan Inti
================

1. 1biji kentang besar dipotong dadu
2. 3cucuk #SateKebab Ayam/Daging yang dipotong dadu (saya gunakan Ayam Beriani)
3. 1-2biji bawang merah
4. 1-2biji bawang putih
5. Ikan Bilis/Udang Kering
6. Serbuk kari
7. Sedikit garam







Cara-Cara - Inti
===========

1. Tumbuk bawang merah, putih & ikan bilis/udang kering.
2. Tumis bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
3. Larutkan serbuk kari dengan air & masukkan ke dalam bahan yang ditumis tadi. 4. Perasakan dengan sedikit garam.
5. Masukkan kentang & sedikit air. Biarkan kentang hingga empuk.
6. Masukkan #SateKebab & daun sup (jika ada). Kacau hingga rencah sekata.


Cara-Cara - Roti Karipap
=======================

1. 5-10keping roti digelek & gunakan acuan karipap untuk membentuk roti.
2. Isikan inti ke dalam roti & tekap acuan.
3. Panaskan minyak & goreng sekejap sahaja. Angkat & tos.
4. Pastikan minya benar-benar panas sebelum menggoreng untuk mendapatkan tekstur roti yang ranggup & tak berminyak.

SIAP!

Resepi RINGKAS & MUDAH. Sesuai dihidangkan untuk sarapan pagi/menu petang.

SELAMAT MENCUBA ;)

Resepi dari :
Puan Julyana 
Superstar Kluang
+60127059213


No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates