Social Icons

Wednesday 23 March 2016

Sate Kebab & Sambutan Hari Sindrom Down Sedunia

Datuk Mukhriz selaku tetamu kehormat  merasai keenakan sate kebab
Alhamdulillah... berlangsung satu majlis amal yang diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Sindrom Down Sedunia di Kuala Lumpur pada 20 Mac 2016 yang lalu.

Majlis ini diadakan sebagai ulang tahun ke-10 Hari Sindrom Down Sedunia yang bertemakan Peluang saya, pilihan saya menikmati hak saksama sepenuhnya - peranan keluarga. 


 


Pihak penaja majlis ini telah menghubungi superstar Cheras kami dan menempah sate kebab untuk dibakar sebanyak 500cucuk.

Alhamdulillah sambutan jualan sangat menggalakkan. Selain 500cucuk yang telah ditempah oleh pihak penaja, superstar kami membuka jualan sate kebab frozen. Beliau sangat gembira apabila sebanyak 3 kotak sate kebab berjaya dijual dalam majlis tersebut.

Ini adalah pengalaman pertama Syafiq, superstar Cheras yang paling muda setakat ini berusia 20-an ini membuat jualan sate kebab. Dan ini menjadi penyuntik semangat untuk beliau terus berusaha meningkatkan jualan di masa hadapan.

Datuk Mukhriz menyuap salah seorang daripada peserta majlis a

Superstar JB, Puan Balkis Sultan (tengah) hadir memberikan bimbingan kepada Superstar Cheras

Kami di pihak pengurusan mengucapkan selamat maju jaya kepada superstar muda ini yang mendapat sokongan kuat dari kedua ibubapanya.

Mohon share artikel ini jika dapat memberikan manfaat pada anda dan sahabat-sahabat anda.




No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates