Social Icons

Monday 23 January 2017

Sistem Ejen & Pemborong Empayar Niaga Jamaiah Wealth

Polisi niaga dalam sistem ejen & pemborong bukan dibuat untuk memuaskan hati semua pihak. Jadi, kalau tuan/puan punya pendapat sendiri tentang sistem kami terpulang.

Jangan bandingkan sistem niaga kami dengan syarikat A, B & C.

Puan Fatimah Mohd Sani mempertahankan polisi ini berdasarkan 14 tahun pengalaman beliau dalam bidang trading Makanan sejuk beku. Sudah faham sepak terajang. Sudah masak ranum dengan ragam. Konsep 'Pemasaran Terbuka' / OPEN MARKETING yang kami laksanakan tidak menghadkan kawasan untuk satu pembekal atau ejen. 

Cuba ambil iktibar usahawan cina jual telefon & accessories. Sebelah menyebelah pun.
BOLEH JE JUAL...

Mereka dapat tender Kantin, dia sewakan stall kecil untuk jual Makanan. Dia pengusaha jual air saja.
BOLEH JE JUAL...

Banyak ejen kami berniaga satu Kilang, satu Taman...
BOLEH JE JUAL

Siang-siang kami pesan
JAGA NAWAITU
JAGA NAWAITU
Kalau kau bisnes sebab nak kaya, memang takkan kaya dik nonnnnn oiii. Kepala asyik fikir duit-duit. Tengok sales orang lain mencanak-canak kau jadi jaki, sampai cerita tahun lepas pun kau ungkit & putar sampai sebati.

Mohon faham konsep KONGSI REZEKI juga. Margin keuntungan ikut tangga harga ejen, pemborong dan superstar sudah cukup adil. Jadi pelihara sebaik-baiknya.

REDHA. Bahawa REZEKI ALLAH YANG BAGI. Kalau orang sebelah rumah kau pun ejen, kau rasa dia sailang kau? Apa yang kau fikir, itu yang kau dapat.... Cuba kau duduk wirid, rezeki tu dari Allah. Ramaiii yang dah buat, customer datang dari mana-mana. Sampai ke Borneo, Singapore pun boleh tembus dik nonnnnn....

SANGKA BAIK. Tak de orang nak curi ejen kau. Kau lebih percaya cakap orang lain dari superstar kau sendiri atau sahabat superstar kau yang lain. Kalau diorg tak nakbeli dengan kau mesti ada sebab. Muhasabah diri Dan perbaiki servis kau. Redha. Nanti Allah ganti yang lebih baik.

Ingat kata kunci nya... SERVIS. Orang beli dengan kau sebab kau, cara kau layan customer. Produk tu #2. Kalau kau sibuk meroyan kat Facebook, customer pun lari. Jangan salahkan orang lain.

Tak sangka hakak terpaksa berletiag macam kak jem. Nak buat macam mana. Line kena bagi clearrrr...

Alhamdulillah.. sistem yang kami pertahankan ini berjaya melahirkan seorang SUPERSTAR dari golongan ASNAF. Tanpa bantuan ZAKAT ye... Dia berusaha sendiri. Mula amik 15pek jual siap Bakar ke kantin2 Sekolah.

Kau tengok, orang kalau berusaha nak meningkatkan diri dia takkan duduk gesek biola... Asyik komplen pasal tak cukup modal, tak cukup itu ini, kau kaya, aku miskin...

Kunci nya apa? DOA. USAHA. TAWAKKAL.

Bayangkan kalau kami sekat si ASNAF ni dari menjadi SUPERSTAR. Sebab dalam kawasan yang sama sudah ada SUPERSTAR yang lain. Duduk lah dia di takuk yang sama dua puluh tahun selepas itu.

Kami menggalakkan usahawan kami berfikir secara kreatif. Cari lubang pasaran. Bina USP. Self branding.

Sampai bila kau nak main biola ni?

OK, Jap. Akak pun nak cari aiskrim. Kasi sejuk sikit. Kah Kah.
Musleha Nasmian
Pengawas Empayar Niaga JW di Alam Semesta

#EmpayarNiagaJamaiahWealth
#Satekebabakmal
#satekebab


No comments:

Post a Comment

 
Blogger Templates